Daisypath Friendship tickers ahahaha

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Friday, October 28, 2011

Laporan Lawatan. . .


Laporan Lawatan Ke Titi Hayun

Pada 12/10/2011, salah seorang pelajar kolej Komuniti Jerai iaitu saya, Nur Hazirah Binti Muhamad Nasir telah membuat pakej lawatan ke Titi Hayun. Aktiviti yang dijalankan ialah tracking di dalam hutan. Seramai 9 orang mengikuti lawatan tersebut termasuk pensyarah saya iaitu Cik Yati, Cik Mar dan juga En Yus. Apa yang menyedihkan kami ialah En Kamarul tidak bersama kami atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Pengankutan kami ke sana sepatutnya menaiki van tetapi atas kesulitan yang dihadapi semua pelancong terpaksa menaiki kenderaan sendiri. Kenderaan yang kami naiki ialah basikal kolej dan motosikal sendiri. Mengikut itenerari, kami sepatutnya bertolak dari KKCJ pukul 8.30 pagi tetapi disebabkan basikal yang bakal dinaiki pelancong kekurangan angin pelancong terpaksa mengisi dahulu angin sebelum boleh digunakan

10.30 a.m (Sarapan dan rehat)
Semua pelancong selamat sampai ke Titi hayun pada pukul 10.30 pagi. Pelancong diberi masa 10 minit untuk berehat dan makan. Sarapan pagi pada hari itu ialah kuih karipap dan kuih burger. Selepas makan dan rehat Syahmi, salah seorang daripada pelancong yang hadir menawarkan diri untuk membuat stretching ( regangan) kemudian, sebelum memulakan aktiviti tracking kami membaca doa masuk ke dalam hutan.

10.45 a.m
          Selepas membaca doa, kami memulakan perjalanan ke dalam hutan. Di situ telah tersedia track untuk kami tracking masuk. Masa yang diambil untuk memasuki track tersebut kira-kra 3 minit. Jalan yang kami masuk dipenuhi dengan pokok paku pakis. Pelancong teruja melihat pokok-pokok yang terdapat di situ. Sepanjang perjalanan, En Hizam menanyakan pemandu pelancong tentang nama-nama pokok yang terdapat di situ. Salah satunya ialah pokok nangka.
             
          Sepanjang perjalanan, ketua rombongan menerangkan jenis pokok-pokok dan kegunaan pokok tersebut daripada daun ke akar. Salah satu pokok yang menarik minat pelancong ialah pokok tutup bumi. Pokok ini digunakan oleh kaum wanita sahaja. Khasiatnya adalah untuk melancarkan peredaran darah serta mempermudahkan proses kelahiran bayi. Di situ juga terdapat dusun durian yang ditanam oleh penduduk Acheh yang pernah menetap di situ. Selain daripada pokok durian, terdapat juga pokok manggis.
            Abang Wan, bekas pelajar kolej Komuniti Jerai juga mengikuti lawatan kami secara kebetulan. Sepanjang berada di sana, Abang Wan telah banyak memberikan informasi yang berguna kepada kami semua salah satunya, dia menerangkan apa kegunaan batu yang tertanam di situ. Tujuannya untuk menunjukkan sempadan di sesuatu kawasan. Perjalanan kami mengambil masa kira-kira 3 jam setengah untuk sampai ke bawah. Jauh dari jangkaan ketua rombongan itu sendiri.

12.00 a.m (Rumah Pam)
            Pada pukul 12.00 tengahari, kami semua telah sampai ke check poin ke 2. Di mana terdapat satu rumah pam. Di situ pemandu pelancong menerangkan tentang kewujudan rumah pam lama yang tidak digunakan lagi. Abang Wan juga tidak lokek berkongsi ilmu pengetahuan tentang rumah pam tersebut.

1.10 p.m (makan tengahari dan bertolak pulang ke KKCJ)
            Semua pelancong sudah selamat tiba di bawah. Kini tibalah waktu untuk makan tengahari dan sembahyang solat Zuhor. Sebelum kami makan, kami sempat lagi bergambar di signboard titi hayun. Makanan tengahari kami ialah nasi tomato dan air yang pelbagai jenis yang dijual di kedai makan berdekatan. Selepas makan semua pelancong menaiki kenderaan tadi untuk pulang ke KKCJ. selepas semua pelancong selamat sampai ke KKCJ, pemandu pelancong menyerahkan borang maklum balas kepada pelancong.



:) hehehe... laporan yang aku tulis ni akan dihantar pada hari ahad ni dekat Cik Yati. Ntah dia terima ke tidak. Tapi aku tau, dia xkan reject punya...... aku punya laporan ni hehehe. Dialah pensyarah yang paling aku sayang. Di saat aku hampir terjatuh, cik Yatilah yang tolong bagi kata2 semangat. Terima Kasih Cik Yati,,, Saya saaaaaaaayang Cik Yati!


           Seterusnya, selepas aku buat Laporan ke titi hayun, cik Yati suruh aku buat laporan luar jangka. kiranya, sepanjang kami pergi ke titi hayun tu, apa yang berlaku. dia suruh buat laporan perkara yang xdisngka2 plak..... hmmmmm,,,, da hasilnya jeng3!




Laporan Luar Jangka


Tempat Lawatan         :    Pakej Titi Hayun
Tarikh Lawatan          :    12 Oktober 2011
Eksekutif Tempahan  :    Maisarah (Zoom Adventure Tour)
Pemandu Pelancong  :    Nur Hazirah (012-468XXXX)

Tarikh
Perkara
Catatan
12 Oktober 2011
Waktu tidak mengikut tentatif program.
Bertolak dari KKCJ pukul 9.30 am.








Pengankutan van tidak digunakan atas kesulitan yang dihadapi.



Semasa tracking di dalam hutan, pelancong terpaksa menunggu TG dalam masa yang lama kerana tempat yang TG servey hilang jejak akibat perubahan struktuk geografi. (Pokok tumbang)

TG juga kurang info tentang tempat lawatan.
TG telah menetapkan waktu untuk bertolak dari KKCJ tetapi, tidak memberitahu pelancong tentang kenderaan yang bakal dinaiki pelancong. Pelancong terpaksa mengambil masa untuk mengisi angin basikal.

TG tidak tahu menahu tentang kenderaan yang bakal dinaiki pelancong. TG juga tidak menyediakan kenderaan untuk kegunaan pelancong.

Laporan disediakan oleh                                                          Disemak oleh
Nur Hazirah                                                                            Maisara



           :) See,,, aku sengaja nak konsikan dengan semua orang tentang apa yang aku tengah buat. Macam Asingment yang tengah aku buat ni. hahaha gila! see u next day
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...