Daisypath Friendship tickers ahahaha

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

Tuesday, December 27, 2011

Sambungan mengenai aktiviti renang.....


Assalamualaikum dan salam satu Malaysia~
      
       Okay! hari ni aku nak tunjuk gambar yang aku pergi Pusat Akuatik tempoh hari... hari ni baru berpeluang nak bawak masuk gambar budak-budak sekolah tu ha.....



 Nie masa En Hizam gn Angah sedang menunggu
  budak2 renang habis berlatih......
siap ada snarai nama atas meja..




En Hizam sedang mengambil nama adik2 
mengikut turutan..




Pemulangan peralatan renang...


 senaman pagi....



Salah seorang pelajar yang mengikuti
pakej renang....






time makan!!!!!











Thursday, November 24, 2011

Mendaki Gunung Keriang + Aktiviti Renang di Pusat Akuatik

Halow Assalamualaikum~

      Hehe,, hari ini aku ingin menceritakan sedikit tentang pengalaman aku mendaki hingga ke  puncak Gunung Keriang huhu..... memang terbaik ar... Penat, letih semestinya. Ok! macam mana aku boleh lepas pergi ke Gunung Keriang yang terletak di Alor Staq, Kedah ni disebabkan oleh ujian penilaian amali Sijil Pemanduan Pelancongan Alam Semulajadi. kali ni Remy yang hender. Remy buat trip p Gunung Keriang masa hari Rabu, 23/11/2011. Sebelum Mie, Angah. Angah buat dekat Muzium Arkeologi Lembah Bujang, aku pulak buat aktiviti tracking ke Titi Hayun..... yang boleh sesat tu sebab aku buat tanda jauh2... salah aku jugak. Nasib baik ada Abang Wan. Abg Wan dah dapat lesen Nature dah... tue yang dia expert dengan tempat yang aku p ni.
    
       Sepanjang minggu ni budak kelas aku busy betol! hari Ahad kami packing barang untuk ke Pusat Akuatik (buat pakej renang utk budak2 sekolah). Kami kena ambil peralatan renang & snorkling seperti goggles, PFD, J-tube, fin n marks utk 30 orang.. bayangkan larh. Semua pelajar yang pergi ke sana semuanya lelaki berumur dalam lingkungan 13-16 tahun.... Mak aii!! aku dengan Angah jew perempuan hahahahaha.... memang aku tak dapat bayangkan! Syater kata kat kami semua, dia memang nak ambil budak perempuan sekali, tapi disebabkan faktor pakaian, dia hanya ambil pelajar lelaki saje ler. Yea la,,, budak sekolah yang dia ambil tu semuanya budak sekolah agama.... xkan nak ambil pelajar perempuan sekali kot?????

           Hari Isnin plak aku dengan Angah kena bangun awal. dalam pukul 6 pagi kami bersiap n pergi ke kolej dalam pukul 6.30 pagi. Sampai2 cana terus buat air utk sarapan pagi budak renang.. pkul 7.00 bas KKBD sampai. kami bawak masuk peralatan renang & snorkeling dalam bas n terus gerak p sekolah agama tersebut. Syater dah lama sampai kat sekolah budak2 tue,, yea la,, dah 2 bekas sekolah dy, jadi dia la yang hender heheheeh..... dah nama pun renang, msti la kena pakai pkaian yag sesuai... aku p sana kerja tangkap gambar jew,,, hahaahah,,, aku nak cakap pown jadi segan :P. Dah la kat cana aku dengan Angah ja perempuan,,, xkan xada rasa segan langsung kot??? disebabkan budak2 tersebut masih baru lagi.. msti la kena bukak baju untuk meringankan sedikit badan supaya mereka semua dapat mengimbangkan badan.... xsemua dah pandai berenang,, :D

            Pergi ke sana budak2 tu dah disediakan dengan seorang guide. En Mizi merupakan orang yang mengajar budak sekolah tu dan dia merupakan orang yang menjaga Pusat Akuatik kot?? ntah la,, aku pown xtaw hak3,,,,~ Sama la macam hari selasa... tugas aku dengan Angah hanya mengambil gambar dan menyediakan makanan untuk semua pelajar. memang seronok larh time 2. tapi penat sikit time nak balik... kami kena angkat balik barang2 wak masuk dalam bas.. Fuhhhh! penat siot~ Masa hari Isnin, sepatutnya kami ada aktiviti lain dengan Cik Yati, tapi disebabkan bertindih dengan jadual ustaz kami terpaksa buat program t uwaktu malam. Program Wonderness Medical First Responder tu kami terpaksa buat waktu malam start daripada pukul 8.00-11.00... tapi disebabkan nak habiskan satu kertas yang depa bagi tu kami terpaksa lanjutkan sampai pukul 12.00 am. Dah la waktu tu bertindih pulak dengan bola.... lagi panaz... tapi nasib baik menang hahaaha.....

                Aku sempat baca 2 komen daripada pelancong tersebut (budak2 sek Agama) depa suruh senyum n senyum sokmo..... heeee ntah la depa kata kat sapa... kat aku kot, aku kan asyik masam kat sana.... satu lagi komen daripada mereka ialah,,,depa xdapat p pekan rabu.

                  Sambungan cerita pasai budak kelas aku, smk2 p tarcking kat gunung Keriang tu. bayangkalah, waktu 2 hmendung, aku ingat xjd la... tengok2,,, mampoih! memang jadi ar jawabnya... kami p sana naik Van kolej. Ustaz yang bawak. Masa kami buat stretching, hujan rintik2. Aku dah tersenyum dalam hati. Angah dah buat muka sebik dah... hmmmm,,, jadi kew???? kami masing2 xdpt nk berfikir apa yang pasti. lepas haris stretching kami terus pergi masuk ke track yang telah disediakan. sebelum masuk, ustaz baca doa n mie terus ke depan dan cucuh mercun... tujuan dia nak bagi kera or monyet tak datang menganggu (masa Mie p tengok tengok tempat ngan syater, ada monyet kacau depa so,,,, masa hari rabu tu Mie cucuh mercun supaya semua binatang tak mengangu kami. hmmm alhamdulillah,,, kami semua selamat sampai dan selamat pulang..... Agak mncabar gila kat Gunung Keriang tu. yea la, Gunung Keriang tu kan sejenis gua batu kapur, so p tracking sana kena hati2 ar. jalan dia agak curam dan menakutkan. kalau p sorang2 boleh sesat owh,,,, tambah2 lagi orang yang lemah ingatan macam aku ni hahahahaha :D. elok2 kami sampai di pertengahan tengok2 hujan turun dengan lebat sekali.... jalan pown apa lagi, lincin ar. ni first time aku panjat Gunung Keriang tambah2 lagi dalam waktu hujan.... Owh my honest! so sweet,,,, romantik gitu~ (yerkkk!)

                   Dengan aku pakai baju kain tebal, memang dia lambat nak kering ar... dah la sejuk.... tangan aku habis luka sebab terkena batu kapur tu. Dah la tajam2. Aventure sungguh la. Cik yati banyak kali berhenti sebab penat. Kesian kat dia. Nasib ada Angah yang dok tlg dari belakang hehehehehh. Masa kami tengah dok rehat (sebelum hujan) tiba2 ustaz kata kat aku "la Azie, ustaz lupa nak kunci Van. kamu tlg p kunci sat" nahhhhhhh! amek hang. Ustaz nak suruh aku p kunci????? tengah2 hutan ni??? sorang2 aku???? gila ka apa hahahaaha. boleh jadi ustaz ny... aku punya la takut naik gunung ny, dy boleh buat lwak tgh2 hutan?. Aku kata la kat ustaz. "satgi kalau saya p susah pulak, mana nak tw kot2 satg sy jatuh, ustaz caqi xjumpa plak." hmmmm aku tw ustaz melawak, tp aku anggap dia serius,, seram aih...

                       Sampai di puncak kami semua dapat melihat keindahan alamsemulajadi ciptaan Allah s.w.t. Cantek sungguh pemandangan dia. Rugi kalau xpergi. Dengan sejuknya kena hujan, kami dapat melihat menara Alor staq yang gah nun jauh di sana. kami sempat bergambar sementara tunggu hujan berhenti. En hizam dngan semangatnya tangkap gambaq kami yang comey2 belaka huhuhu... memang best. Masa turun dari puncak, hujan start mai balik. hmmm,,,, habis basah kuyup. dah la aku sejuk terketaq2. Jalan semakin lincin. Masuk ni dah 3 kali cik Yati jatuh sampai terpaksa buang kasut. Cik yati pown masa tu just pakai seliper jew mau xjatuh. kasut sukan dia ada kat Jitra. xsempat nak wak balik. Aku plak pkai kasut kalis air. Mie xbagi pakai kasut tu. dia kata tapak dia lincin. Ada aku kesah? ngeee. masuk2 dalam Van kami xdibenarkan duduk di atas kusyen,tapi duduk di atas besi yang kat bahagian tepi. Angah dengan En Hizam kena berdiri hahahaah. Lawak sungguh masa tu =))



                                                                              bersambung~

Friday, October 28, 2011

Laporan Lawatan. . .


Laporan Lawatan Ke Titi Hayun

Pada 12/10/2011, salah seorang pelajar kolej Komuniti Jerai iaitu saya, Nur Hazirah Binti Muhamad Nasir telah membuat pakej lawatan ke Titi Hayun. Aktiviti yang dijalankan ialah tracking di dalam hutan. Seramai 9 orang mengikuti lawatan tersebut termasuk pensyarah saya iaitu Cik Yati, Cik Mar dan juga En Yus. Apa yang menyedihkan kami ialah En Kamarul tidak bersama kami atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Pengankutan kami ke sana sepatutnya menaiki van tetapi atas kesulitan yang dihadapi semua pelancong terpaksa menaiki kenderaan sendiri. Kenderaan yang kami naiki ialah basikal kolej dan motosikal sendiri. Mengikut itenerari, kami sepatutnya bertolak dari KKCJ pukul 8.30 pagi tetapi disebabkan basikal yang bakal dinaiki pelancong kekurangan angin pelancong terpaksa mengisi dahulu angin sebelum boleh digunakan

10.30 a.m (Sarapan dan rehat)
Semua pelancong selamat sampai ke Titi hayun pada pukul 10.30 pagi. Pelancong diberi masa 10 minit untuk berehat dan makan. Sarapan pagi pada hari itu ialah kuih karipap dan kuih burger. Selepas makan dan rehat Syahmi, salah seorang daripada pelancong yang hadir menawarkan diri untuk membuat stretching ( regangan) kemudian, sebelum memulakan aktiviti tracking kami membaca doa masuk ke dalam hutan.

10.45 a.m
          Selepas membaca doa, kami memulakan perjalanan ke dalam hutan. Di situ telah tersedia track untuk kami tracking masuk. Masa yang diambil untuk memasuki track tersebut kira-kra 3 minit. Jalan yang kami masuk dipenuhi dengan pokok paku pakis. Pelancong teruja melihat pokok-pokok yang terdapat di situ. Sepanjang perjalanan, En Hizam menanyakan pemandu pelancong tentang nama-nama pokok yang terdapat di situ. Salah satunya ialah pokok nangka.
             
          Sepanjang perjalanan, ketua rombongan menerangkan jenis pokok-pokok dan kegunaan pokok tersebut daripada daun ke akar. Salah satu pokok yang menarik minat pelancong ialah pokok tutup bumi. Pokok ini digunakan oleh kaum wanita sahaja. Khasiatnya adalah untuk melancarkan peredaran darah serta mempermudahkan proses kelahiran bayi. Di situ juga terdapat dusun durian yang ditanam oleh penduduk Acheh yang pernah menetap di situ. Selain daripada pokok durian, terdapat juga pokok manggis.
            Abang Wan, bekas pelajar kolej Komuniti Jerai juga mengikuti lawatan kami secara kebetulan. Sepanjang berada di sana, Abang Wan telah banyak memberikan informasi yang berguna kepada kami semua salah satunya, dia menerangkan apa kegunaan batu yang tertanam di situ. Tujuannya untuk menunjukkan sempadan di sesuatu kawasan. Perjalanan kami mengambil masa kira-kira 3 jam setengah untuk sampai ke bawah. Jauh dari jangkaan ketua rombongan itu sendiri.

12.00 a.m (Rumah Pam)
            Pada pukul 12.00 tengahari, kami semua telah sampai ke check poin ke 2. Di mana terdapat satu rumah pam. Di situ pemandu pelancong menerangkan tentang kewujudan rumah pam lama yang tidak digunakan lagi. Abang Wan juga tidak lokek berkongsi ilmu pengetahuan tentang rumah pam tersebut.

1.10 p.m (makan tengahari dan bertolak pulang ke KKCJ)
            Semua pelancong sudah selamat tiba di bawah. Kini tibalah waktu untuk makan tengahari dan sembahyang solat Zuhor. Sebelum kami makan, kami sempat lagi bergambar di signboard titi hayun. Makanan tengahari kami ialah nasi tomato dan air yang pelbagai jenis yang dijual di kedai makan berdekatan. Selepas makan semua pelancong menaiki kenderaan tadi untuk pulang ke KKCJ. selepas semua pelancong selamat sampai ke KKCJ, pemandu pelancong menyerahkan borang maklum balas kepada pelancong.



:) hehehe... laporan yang aku tulis ni akan dihantar pada hari ahad ni dekat Cik Yati. Ntah dia terima ke tidak. Tapi aku tau, dia xkan reject punya...... aku punya laporan ni hehehe. Dialah pensyarah yang paling aku sayang. Di saat aku hampir terjatuh, cik Yatilah yang tolong bagi kata2 semangat. Terima Kasih Cik Yati,,, Saya saaaaaaaayang Cik Yati!


           Seterusnya, selepas aku buat Laporan ke titi hayun, cik Yati suruh aku buat laporan luar jangka. kiranya, sepanjang kami pergi ke titi hayun tu, apa yang berlaku. dia suruh buat laporan perkara yang xdisngka2 plak..... hmmmmm,,,, da hasilnya jeng3!




Laporan Luar Jangka


Tempat Lawatan         :    Pakej Titi Hayun
Tarikh Lawatan          :    12 Oktober 2011
Eksekutif Tempahan  :    Maisarah (Zoom Adventure Tour)
Pemandu Pelancong  :    Nur Hazirah (012-468XXXX)

Tarikh
Perkara
Catatan
12 Oktober 2011
Waktu tidak mengikut tentatif program.
Bertolak dari KKCJ pukul 9.30 am.








Pengankutan van tidak digunakan atas kesulitan yang dihadapi.



Semasa tracking di dalam hutan, pelancong terpaksa menunggu TG dalam masa yang lama kerana tempat yang TG servey hilang jejak akibat perubahan struktuk geografi. (Pokok tumbang)

TG juga kurang info tentang tempat lawatan.
TG telah menetapkan waktu untuk bertolak dari KKCJ tetapi, tidak memberitahu pelancong tentang kenderaan yang bakal dinaiki pelancong. Pelancong terpaksa mengambil masa untuk mengisi angin basikal.

TG tidak tahu menahu tentang kenderaan yang bakal dinaiki pelancong. TG juga tidak menyediakan kenderaan untuk kegunaan pelancong.

Laporan disediakan oleh                                                          Disemak oleh
Nur Hazirah                                                                            Maisara



           :) See,,, aku sengaja nak konsikan dengan semua orang tentang apa yang aku tengah buat. Macam Asingment yang tengah aku buat ni. hahaha gila! see u next day
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...